Friday, January 23, 2009

1 komentar


Salam dihulur pembuka bicara,

Perjalanan musafir tidak terhitung jauhnya ,
Sesungguhnya jalan yang kita tempuh adalah jalan yang sama,
Moga mendapat RIDHA Pencipta.




Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi, akhirnya blog ini dapat disempurnakan. Kepada semua yang mengenali, ucapan salam dihulurkan, semoga sentiasa berada di dalam rahmat petunjuk Allah Subhanhu WaTaala dan teruskan perjuanganmu tidak kira dimana berada.


Di dalam blog ini ader memuatkan beberapa isu semasa, tazkirah, perjalanan tokoh-tokoh dakwah dan penulisan santai. Insyaallah saya akan cuba mengemaskinikan segala yang kurang dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada melalui respon dari para pembaca.


Harapan, moga-moga blog ini boleh memberi sedikit manfaat untuk kita bersama dan mampu untuk ' mengetuk ' pintu hati orang yang beriman agar sentiasa berfikir akan perjalanan ' ANDA ' sebagai seorang musaFEER di muka bumi Allah yang terbentang luas ini, agar kita semua tidak terjerumus ke kancah yang melalaikan dan kita akan terus dan teruskan lagi perjalanan bersama sehingga ke destinasi yang diimpikan....


Wassalam..Bro@musafeer






Tuesday, January 20, 2009

Tabahlah Wahai Saudaraku!

2 komentar











" Inilah abang-abangku,
inilah kakak-kakakku
inilah adik-adikku,
inilah saudara-saudaraku!
"

" Bersabarlah kalian,
Kerana sesungguhnya,
Janji ALLAH,
Pasti TIBA.."






Sunday, January 18, 2009

Kejayaan dunia dan Akhirat

0 komentar

Bismillahirrahmanirrahim..

Kepada semua yang masih berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pertama-tama sekali, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat illahi yang telah memberikan kita nikmat untuk hidup di atas muka bumi ini dan diberikan lagi dengan nikmat agung iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah..

Saya teringat akan satu petikan dari buku yang ditulis oleh Syed Qutb iaitu Lailahaillallah minhaj hidup muslim. Beliau berkata bahawa dunia ini hanyalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan sampai masa kita akan mendapat hasilnya. Syed Qutb telah mengategorikan dua jenis manusia yang bercucuk tanam ini.

( a ) Manusia yang bekerja keras diatas tanamannya dan manusia tersebut juga telah menananam gandum yang elok, hasilnya dia dapat menikmati
hasil tuaiannya sepanjang tahun.

( b ) Manusia yang bekerja keras di atas tanamannya tetapi menanam duri sebagai
modalnya, akhirnya dia terpaksa menanggung akibat perbuatannya itu.


Disini kita dapat lihat bagaimana kategori manusia yang beriman,dan tidak beriman Jika kita lihat pada kategori ( a ) di atas, jelas bahawa manusia itu adalah manusia yang beriman dengan Allah Taala dengan sebenar-benarnya dan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Manusia tersebut telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dia dapat menikmati hasil tuaiannya. Ini sebenarnya ibarat manusia yang beriman melakukan apa yang disuruh dengan besrsungguh-sungguh seakan-akan dia akan dijemput oleh Allah tidak lama lagi dan meninggalkan apa yang dilarang, maka hasilnya dia akan bersenang lenang di dalam syurga Allah S.W.T.

Berlainan pula dengan manusia kategori ( b ) tersebut. Dia bekerja keras dalam melakukan kerja tuaiannya tetapi apa yang ditanam hanyalah duri-duri yang akan menyeksanya apabila tiba hasil tuaiannya. Ini boleh dikategorikan dengan manusia yang sentiasa melakukan dosa dan akhirnya dia akan tenggelam bersama dosanya diakhirat kelak, dia juga terpaksa tidur dia atas duri-duri yang telah ditanamnya.

Kesimpulannya, Ad-dunya mazra'atul akhirah, dunia adalah ladang tanaman akhirat. Barangsiapa ladang tanamannya dijaga dan dikerjakan dengan baik, maka baiklah hasil tuaiannya. Barangsiapa ladang tanamannya buruk dan diusahakan dengan sambil lewa, maka hasilnya boleh kita bayangkan sendiri. Inilah yang dikatakan oleh Syed Qutb sebagai kegagalan dan kejayaan di akhirat.

Wassalam....

Sepuluh Wasiat Hassan al Banna

0 komentar

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat dan mengecam orang, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap ikhwan muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya … asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.