Sunday, January 18, 2009

Kejayaan dunia dan Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim..

Kepada semua yang masih berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pertama-tama sekali, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat illahi yang telah memberikan kita nikmat untuk hidup di atas muka bumi ini dan diberikan lagi dengan nikmat agung iaitu nikmat iman dan islam. Alhamdulillah..

Saya teringat akan satu petikan dari buku yang ditulis oleh Syed Qutb iaitu Lailahaillallah minhaj hidup muslim. Beliau berkata bahawa dunia ini hanyalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan sampai masa kita akan mendapat hasilnya. Syed Qutb telah mengategorikan dua jenis manusia yang bercucuk tanam ini.

( a ) Manusia yang bekerja keras diatas tanamannya dan manusia tersebut juga telah menananam gandum yang elok, hasilnya dia dapat menikmati
hasil tuaiannya sepanjang tahun.

( b ) Manusia yang bekerja keras di atas tanamannya tetapi menanam duri sebagai
modalnya, akhirnya dia terpaksa menanggung akibat perbuatannya itu.


Disini kita dapat lihat bagaimana kategori manusia yang beriman,dan tidak beriman Jika kita lihat pada kategori ( a ) di atas, jelas bahawa manusia itu adalah manusia yang beriman dengan Allah Taala dengan sebenar-benarnya dan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Manusia tersebut telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dia dapat menikmati hasil tuaiannya. Ini sebenarnya ibarat manusia yang beriman melakukan apa yang disuruh dengan besrsungguh-sungguh seakan-akan dia akan dijemput oleh Allah tidak lama lagi dan meninggalkan apa yang dilarang, maka hasilnya dia akan bersenang lenang di dalam syurga Allah S.W.T.

Berlainan pula dengan manusia kategori ( b ) tersebut. Dia bekerja keras dalam melakukan kerja tuaiannya tetapi apa yang ditanam hanyalah duri-duri yang akan menyeksanya apabila tiba hasil tuaiannya. Ini boleh dikategorikan dengan manusia yang sentiasa melakukan dosa dan akhirnya dia akan tenggelam bersama dosanya diakhirat kelak, dia juga terpaksa tidur dia atas duri-duri yang telah ditanamnya.

Kesimpulannya, Ad-dunya mazra'atul akhirah, dunia adalah ladang tanaman akhirat. Barangsiapa ladang tanamannya dijaga dan dikerjakan dengan baik, maka baiklah hasil tuaiannya. Barangsiapa ladang tanamannya buruk dan diusahakan dengan sambil lewa, maka hasilnya boleh kita bayangkan sendiri. Inilah yang dikatakan oleh Syed Qutb sebagai kegagalan dan kejayaan di akhirat.

Wassalam....

0 komentar:

Post a Comment