Thursday, March 19, 2009

Bayangkan Rasulullah bersama kita!

0 komentar
Bayangkan Rasulullah s.a.w bersama kita..
Bayangkan Rasulullah s.a.w berada di samping kita..
Bayangkan Rasulullah s.a.w duduk bersama kita..
Bayangkan Rasulullah s.a.w berdakwah bersama kita..


Bayangkan
Rasulullah s.aw bersama kita di dalam kehidupan seharian kita. Tidak tergambar kegembiraan yang akan aku rasai Ya Rasulullah, Ya Habiballah. Bayangkan baginda bersama kita dikala kita solat berjemaah di masjid. Setelah selesai solat, baginda memberikan sedikit kata-kata keramat dan nasihat. YA ALLAH! GEMBIRANYA AKU!



Bayangkan Rasulullah s.a.w berada di samping kita. Di kala kita kebuntuan, baginda sendiri datang kepada kita memberikan kata-kata semangat. Di kala kita sedih dan duka, baginda datang memujuk kita dengan senyuman manisnya. Di kala kita seronok dan gembira, baginda sendiri bersama-sama meraikannya dengan penuh kerendahan diri dan tawadhuk. Kerana itulah sifat baginda. YA ALLAH! AIR MATAKU SEDANG MENGALIR!!


Bayangkan
Rasulullah s.a.w duduk bersama kita membincangkan masalah ummah. Baginda sentiasa mencetuskan idea dan pengalaman baginda berpandukan wahyu. Subhanallah! Bayangkan kita berada di samping beliau ketika wahyu diturunkan. Ya Rasulullah! Aku! Aku! Aku ingin membenarkanmu seperti mana kekasihmu Abu bakar membenarkanmu. YA ALLAH! PERKENANKAN AKU!!


Bayangkan
Rasulullah s.a.w berdakwah bersama kita. Bagindalah pencetus semangat kita. Bagindalah pembakar jiwa kita untuk membawa manusia kembali mengabdikan diri kepada yang Esa. Bayangkan kita dapat lihat berapa ramai manusia yang mengucapkan syahadatain di hadapannya. Seterusnya mereka bersama-sama menyampaikan dakwah dengan penuh dedikasi dan tanpa banyak alasan. YA ALLAH! AKU RINDU PADANYA!!


Jika di waktu lapang, bayangkan kita bersama-sama makan dengan baginda serta tidak lari dari membincangkan masalah ummat. Sambil itu, kita bergurau senda dengan baginda. Kita dapat lihat dari wajahnya terpancar nur yang dapat menyejukkan hati bahkan api yang sedang membara. Kita juga dapat lihat senyumannya yang sungguh menghiburkan hati. Kata-katanya yang penuh lembut dan terkesan di jiwa. Apabila tiba waktu solat, kita berada di belakangnya, mendengar bacaan wahyu yang baginda perolehi dengan penuh khusyuk. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!


Aku tak tahan!
Aku tak tahan Ya Rasulullah!
Aku rindu pada MU!
Izinkan ku tatap wajahmu walaupun sekejap!
tapi apakan daya..

Aku tak tahan!
Wahai pesuruh Allah!
Aku cinta pada MU!
Izinkan ku kucup tangan MU!
tangan yang lembut tetapi gagah dalam membina UMMAH!

Aku tak tahan!
Aku ingin bersama MU!
syafaatkan daku ya Rasulullah!
indahnya bersama MU
Izinkan aku bersamaMU!
Izinkan aku bersamaMu!
Izinkan KU bersama MU.....

WAHAI PENGHULU SEGALA NABI!
MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM..


aku sedang rindu pada Mu!

Tuesday, March 10, 2009

Euphonious!! (acapella group)

7 komentar
Bismillahirrahmanirrahim.

Serba sedikit ingin dikongsi. Gambar-gambar ini telah dirakamkan semasa pertandingan nasyid terbuka di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Kami telah membawa lagu 'Rayuan rindu' dari kumpulan Raihan dan 'Neo Selawat' dari kumpulan Snada. Hanya empat kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut. Kumpulan ini diberi nama Euphonious yang bermaksud kesepaduan suara. Kumpulan ini hanya menggunakan konsep acapella yang mana konsep ini hanya menggunakan suara tanpa bantuan alatan musik. Alhamdulillah, komen yang positif diberikan oleh penonton dan juri . Alhamdulillah, kami harap, kami tidak hanyut dengan komen tersebut. Semoga amalan ini diterimaNya..


( Klik pada gambar untuk lebih jelas )

Bergambar bersama guru penasihat Puan Norhayati



freestyle??



Ok..sedia semua! Nak tangkap gambar ni.



Bersama peserta2 pertandingan (Kenapa yg lain semua berbaju melayu?)



Reaksi sedih. Mungkin sedih sebab takde baju melayu.(??)



Euphonious bersama peserta2 tempat ketiga (yg berbaju melayu hitam, kalau tak salah?)



Sempat bergurau kat atas pentas tu??



bersama hadiah kemenangan



Inilah wajah2 peserta yang menyertai pertandingan ini. Barakallahufikum.
Ukhwah sentiasa berkekalan. Insyaallah.



inilah..EUPHONIOUS..
dari kiri berdiri : Ali Zaki, Luqman, Shahizan, Syed (penulis), Aqil
duduk dari kiri : Auzaie dan Luqman


Itulah yang dapat dikongsikan bersama. Kalau nak tahu kami nombor berapa? Ha! Nombor 4 ( last sekali ). Alhamdulillah, yang terakhir..sedihnya..Hmm.., terima sahaja. Antara sebab kenapa kami kalah ialah;
  1. Takdir Allah ( terima dengan redho )
  2. Lari tema baju ( yang lain semua pakai baju melayu, kami?? Ntahla..)
  3. Tidak menggunakan alat musik ( Kami hanya menggunakan kekuatan vokal, tapi apakan daya)
  4. Gementar ( No komen )
'Ala kulli hal, kami seronok di sana, dan kami harap dapat perform lagi. Semoga mesej yang kami sampaikan dalam persembahan tersebut dapat diambil iktibar dan pengajaran terutamanya pada diri kami sendiri.

Wassalam

Kepulangan setelah kedatangannya S.A.W

2 komentar
Maulud Nabi Muhammad S.A.W menjelang lagi pada tahun ini. Ya, mungkin kali ini bermacam-macam lagi program yang akan dianjurkan bersempena dengan maulidurrasul ini. Diantara program yang telah dianjurkan adalah seperti perarakan maulidrrasul, pertandingan hafazan, ceramah-ceramah dan sebagainya. Setiap program yang dianjurkan pula adalah mengikut peringkat tersendiri seperti peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Semua program yang dianjurkan adalah untuk mencapai objektif yang tersendiri. Barakallahu fikum.


sekolah mana ni? (gambar hiasan)


Sebenarnya sudah terlewat sehari untuk menulis artikel ini kerana maulud nabi semalam. Tapi itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah sejak semalam di benak fikiran saya asyik terngiang sebuah lagu yang agak lari dengan tema maulidurrasul ini. Liriknya begini;

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa,
Senyuman yang menteramkan,
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Di pangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa

Tangan dicelup di bejana air,
Kau sapu di muka mengurangkan pedih,
Beralun zikir menutur kasih,
Pada UMMAT dan AKHIRAT

Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Iringi pemergianmu

Oh, sukarnya untuk ummat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa MANUSIA..kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun Kau telah TIADA,
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi,
Dan bersaksilah sesungguhnya kami,
MERINDUI MU...

( Tajuk : Pemergianmu. Munsyid : inteam )


(maqam nabi Muhammad S.A.W)

Memang lari betul dengan tema ' kelahiran nabi Muhammad s.a.w '. Tapi lagu ini lah yang sentiasa terngiang di benak fikiran dan telinga saya. Hmm, saya pun tidak tahu kenapa?

Sabda nabi Muhammad s.a.w ;
" Aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang dengan perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, itulah kitabullah dan sunnaturrasulillahi. "

Beginilah hakikatnya, ramai manusia yang menyambut maulidurrasul, tetapi berapa ramaikah yang menghayati sirah rasulullah s.a.w dan mengamalkannya. Ramai yang berjalan dan berarak sambil mengibarkan sepanduk ' saya cinta nabi ', tetapi berapa ramaikah yang menzahirkan cintanya hanya kepada perempuan yang dilabelkan sebagai kekasih awal dan akhir. Berapa ramaikah yang berhias cantik dengan mengenakan baju melayu bersampin dan baju kurung, katanya ingin menyambut maulidurrasul hari ini, tetapi al-Quran tidak pernah dipakainya di hati. Berapa ramai yang mengaku dirinya ingin bersama-sama islam, tetapi tetap membunuh saudaranya sendiri dengan membeli barangan-barangan yang telah dilabelkan "BOIKOT" (Huh?!). Berapa ramai yang mengaku dirinya muslim, tetapi sentiasa mengamalkan fahaman sekularisme dan sebagainya. Berapa ramai, berapa ramai, dan berapa ramai??



Ya Allah jauhkan aku dari perkara-perkara tersebut. Sebelum kekasih kita meninggalkan kita, lidahnya basah menyebut " UMMATI, UMMATI, UMMATI.." Lihat! betapa cinta dan kasihnya Dia kepada kita. Tetapi kita terus, terus dan terus tidak menghiraukannya dengan tidak mengamalkan sunnahnya, tidak mengamalkan wahyu yang diturunkan kepadanya, tidak menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak menjalankan sistem tarbiyah rasulullah dalam diri kita dan tidak! Tidak kepada segala-galanya.

Jadi pemergiannya telah banyak meninggalkan kesan kepada diri ini dan kedatangannya telah membawa sinar cahaya yang menerangi alam buana ini. Bersempena dengan sambutan maulidurrasul ini, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamati kisah-kisah perjuangannya, sifat-sifat peribadinya, ketawadhukannya, pemurahnya, sikap lemah lembutnya, kasih sayangnya dan segala-galanya yang berkaitan dengan diri baginda. Kerana apa yang ada pada diri Rasulullah s.a.w adalah cukup cantik dan istimewa untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Pengakhirannya, KEPULANGAN Rasulullah lebih jauh meninggalkan kesan dilubuk hati ini kerana pengakhirannya sentiasa mengenangkan umatnya, beliau sanggup untuk menghadapi segala rintangan demi agama islam ini sampai kepada kita. Ya, SAMPAI KEPADA KITA!

Salam maulidurrasul, maaf kerana lari dari tema..




Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.


Sunday, March 8, 2009

Hari ini!

0 komentar
Bismillah..

Hari ini hari Ahad, 8 Mac 2009, pukul 7.03 petang/malam. Saya berada di Shah Alam, Selangor. Macam biasa la, menziarahi nenek saya yang berada di sini. Usianya sudah agak lanjut dan beliau perlukan penjagaan rapi daripada anak-anaknya. Jadi, nak dikatakan tiap-tiap bulan mesti balik Shah Alam punya lah. Tapi, bukan itu yang nak saya ceritakan sebenarnya.

Hari ini, hari kedua saya di Shah Alam (apasal nak bagitau?). Saya rasa hari ini saya cukup letih dan sungguh tak bermaya. Tetapi, hari ini saya tak melakukan sebarang kerja pun, kecuali tengok tv dan ngadap komputer. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah saya tidak bekerja pun, tapi kenapa letih yerk?

Biar saya jawab sendiri jer la. Hari ini hari Ahad dan hari ini juga hari cuti. So, iman diri ini pun ikut cuti. Ya Allah! kenapa? Apabila seseorang itu hanya duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menjurus kepada mencari keredhaan Allah, nescaya hati dan imannya turut letih dan tidak bermaya.



Sebenarnya banyak perkara yang boleh meningkatkan iman, contohnya bertanya khabar tentang anak buah, membaca buku dan sebagainya. Tapi, kenapa hari ini, diri ini tidak melakukan perkara itu? Ya Allah! Ampunkan dosaku!

Mungkin diri ini tidak belajar untuk memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Jadi, saya sedang mencuba memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Salah satunya, mengupdate blog. Sekadar berkongsi. Diri ini sungguh lemah, tegurlah saya jika melakukan kesilapan.

Moga amalan ini diterimaNya.

Ya Allah, ampunilah aku, thabatkan aku, terimalah amalanku, moga-moga aku mendapat keredhaan MU!!
Amin...

Thursday, March 5, 2009

Oh Kekasihku

0 komentar


Suasana di pagi itu sungguh mendung dan kelam ditambah lagi dengan keluhan seorang manusia yang sedang bermain perasaan. Seperti seorang yang sudah hilang punca dan arah tujuan. Terkapai-terkapai di tengah gelora yang sedang berkecamuk dek kerana ombak besar yang menghempas pulas.

****************
" Aduh, cane ni? macam-macam masalah ada, buat tesis, presentation, nak bayar hutang, tarbiyah tak jalan, anak buah lari tak nak jumpa aku, mata asyik ngantuk waktu belajar, ahhh..macam-macam lagi la! " keluhan Ramadhan kepada Hasan.

" Owh, ader masalah eh? so, kau nak suruh aku selesaikan ker? Kata Hasan seperti endah tak endah akan masalah Ramadhan.

" Ye la, kalau tidak, buat aper aku cerita semua ni kat kau! " Ramadhan meninggikan sedikit suaranya tanda tidak berpuas hati.

" Hmm..Boleh jer, Kau ada kekasih tak? Tanya Hasan.

" Takder, kenapa? "

" Tak bertamadun betul la kau ni, kekasih pun takder! " Tempik si Hasan.

" Lorr, aku pulak yang kena marah, kau jugak yang nasihatkan aku tak leh couple2 ni?! " Kata-kata Hasan membuatkan Ramadhan pening.

" Emm..betul, betul, betul ( trademark upin ipin ). Camni lah, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah ar-Rahman, ayat 29, maksudnya
" semua yang ada di bumi selalu meminta kepadaNya, setiap waktu dia dalam kesibukan"

Apabila air bergelojak, tiupan angin berhembus dengan dahsyatnya, maka para penumpang kapal berteriak, Ya Allah!

Apabila seseorang yang sedang bermusafir di tengah padang pasir dan tidak menemui jalan pulang, maka dia akan berteriak, Ya Allah!

Apabila suatu negeri itu mengalami bala bencana dan malapetaka, seluruh penduduk di negeri tersebut akan berteriak, Ya Allah!

Apabila segala usaha yang dilakukan tidak mencapai kejayaan, maka mereka akan berteriak, Ya Allah!

Apabila semua pintu telah tertutup, tirai-tirai tabir taubat telah terkunci di hadapan wajah pemohon-pemohonnya, maka mereka akan bertriak, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!!

Begitu juga kita, apabila merasakan dunia ini sempit dek kerana masalah-masalah dan beban yang dipikul, maka kita juga akan berkata, Ya Allah! " Jelas Hasan dengan panjang lebar.

Hasan menambah lagi,

" Umat dahulu, selalu menyebut nama kekasihnya, apabila musibah melanda, mereka akan mengadu kepada kekasihnya, mereka sentiasa menyebut nama kekasihnya sehinggakan derita yang dialami dirasakan seperti satu kebahagiaan yang tidak dapat dilupakan. Penyeksaan yang dialami juga menyebabkan mereka sentiasa tersenyum setiap hari. Subhanallah!

Hanya dengan nama kekasihnya, hati mereka menjadi tenang,
Hanya dengan nama kekasihnya, jiwa mereka menjadi damai,
Hanya dengan nama kekasihnya, fikiran mereka menjadi sedar,
Hanya dengan nama kekasihnya, keyakinan mereka dengan risalah yang di bawa menjadi kukuh!

Allah adalah nama yang paling suci, cantik susunan hurufnya, ungkapannya yang paling benar dari segala ungkapan, dan kalimatnya yang paling berharga!

Allah s.w.t berfirman di dalam surah as-Syura, ayat 19, maksudnya
" Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya "

Allah adalah Maha Kaya dan Maha Pengasih, Maha Kuat dan Maha Penolong, Maha Pemberi dan Maha Bijaksana.

Allah s.w.t berfirman lagi di dalam surah al-Mukmin, ayat 16, yang bermaksud
" Milik siapakah kekuasaan pada hari ini? (kekuasaan) hanyalah milik Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa "

Begitu cantik keagungan yang dimiliki oleh Allah, sehingga ada yang mencoretkan kata indah kepada kekasihnya;
' Walaupun kami tuliskan keagungan Mu dengan goresan tinta, tetapi, kata itu dapat memperkukuh seluruh jiwa yang mengucapkannya. Sebab, Engkau adalah pemilik keagungan dan seluruh makna. Wahai Tuhan, hanya kepada keagungan-Mulah semuanya menjadi lapang dan luas. ' "

Begitulah penjelasan Hasan yang diberikan kepada Ramadhan. Tanpa disedari linangan air mata Ramadhan bercucuran dan dia terus lari ke musolla yang berdekatan dengan tempat perbincangannya. Dia mengambil wuduk dan terus menunaikan solat sunat taubat dan setelah selesai memberi salam, Ramadhan menadah tangan dan berdoa sambil menukilkan kata-kata ini;
" Ya Allah, jadikanlah tempat penderitaan ini dengan kesenangan dan keamanan, ganjaran kesedihan dengan kegembiraan, ketakutan dengan kedamaian.

Ya Allah, berilah jiwa yang sedang meronta ini dengan ketenangan dan berikanlah kepadanya suatu kekuatan iman.

Ya Allah tunjukkanlah mata ini menuju nur cahayaMu, jalan yang sesat menuju jalan yang lurus, dan penyimpangan menuju hidayahMu.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari bisikan syaitan yang sentiasa menundukkan nafsuku dikala aku kelalaian. Kalahkanlah kebatilan yang berada dalam hati dengan tentera kebenaran. Usirlah tipu daya syaitan dengan pertolongan dari bala tentera penolongMu.

Ya Allah, hilangkanlah kesedihan dan kesusahan dari diriku. Dan berilah ketenangan dalam jiwaku.

Aku berlindung dari segala malapetaka yang bakal menimpaku. Aku hanya takut kepadaMu. Aku berserah, bertawakkal dan pasrah kepadaMu. Hanya kepadaMu aku meminta dan kepadaMu jualah tempat aku kembali..

Ya Allah perkenankan doaku....

AMIN.