Tuesday, March 10, 2009

Kepulangan setelah kedatangannya S.A.W

Maulud Nabi Muhammad S.A.W menjelang lagi pada tahun ini. Ya, mungkin kali ini bermacam-macam lagi program yang akan dianjurkan bersempena dengan maulidurrasul ini. Diantara program yang telah dianjurkan adalah seperti perarakan maulidrrasul, pertandingan hafazan, ceramah-ceramah dan sebagainya. Setiap program yang dianjurkan pula adalah mengikut peringkat tersendiri seperti peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Semua program yang dianjurkan adalah untuk mencapai objektif yang tersendiri. Barakallahu fikum.


sekolah mana ni? (gambar hiasan)


Sebenarnya sudah terlewat sehari untuk menulis artikel ini kerana maulud nabi semalam. Tapi itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah sejak semalam di benak fikiran saya asyik terngiang sebuah lagu yang agak lari dengan tema maulidurrasul ini. Liriknya begini;

Kau masih tersenyum mengubat lara,
Selindung derita yang kau rasa,
Senyuman yang menteramkan,
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Di pangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa

Tangan dicelup di bejana air,
Kau sapu di muka mengurangkan pedih,
Beralun zikir menutur kasih,
Pada UMMAT dan AKHIRAT

Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwamu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Iringi pemergianmu

Oh, sukarnya untuk ummat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa MANUSIA..kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun Kau telah TIADA,
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi,
Dan bersaksilah sesungguhnya kami,
MERINDUI MU...

( Tajuk : Pemergianmu. Munsyid : inteam )


(maqam nabi Muhammad S.A.W)

Memang lari betul dengan tema ' kelahiran nabi Muhammad s.a.w '. Tapi lagu ini lah yang sentiasa terngiang di benak fikiran dan telinga saya. Hmm, saya pun tidak tahu kenapa?

Sabda nabi Muhammad s.a.w ;
" Aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang dengan perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, itulah kitabullah dan sunnaturrasulillahi. "

Beginilah hakikatnya, ramai manusia yang menyambut maulidurrasul, tetapi berapa ramaikah yang menghayati sirah rasulullah s.a.w dan mengamalkannya. Ramai yang berjalan dan berarak sambil mengibarkan sepanduk ' saya cinta nabi ', tetapi berapa ramaikah yang menzahirkan cintanya hanya kepada perempuan yang dilabelkan sebagai kekasih awal dan akhir. Berapa ramaikah yang berhias cantik dengan mengenakan baju melayu bersampin dan baju kurung, katanya ingin menyambut maulidurrasul hari ini, tetapi al-Quran tidak pernah dipakainya di hati. Berapa ramai yang mengaku dirinya ingin bersama-sama islam, tetapi tetap membunuh saudaranya sendiri dengan membeli barangan-barangan yang telah dilabelkan "BOIKOT" (Huh?!). Berapa ramai yang mengaku dirinya muslim, tetapi sentiasa mengamalkan fahaman sekularisme dan sebagainya. Berapa ramai, berapa ramai, dan berapa ramai??



Ya Allah jauhkan aku dari perkara-perkara tersebut. Sebelum kekasih kita meninggalkan kita, lidahnya basah menyebut " UMMATI, UMMATI, UMMATI.." Lihat! betapa cinta dan kasihnya Dia kepada kita. Tetapi kita terus, terus dan terus tidak menghiraukannya dengan tidak mengamalkan sunnahnya, tidak mengamalkan wahyu yang diturunkan kepadanya, tidak menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak menjalankan sistem tarbiyah rasulullah dalam diri kita dan tidak! Tidak kepada segala-galanya.

Jadi pemergiannya telah banyak meninggalkan kesan kepada diri ini dan kedatangannya telah membawa sinar cahaya yang menerangi alam buana ini. Bersempena dengan sambutan maulidurrasul ini, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamati kisah-kisah perjuangannya, sifat-sifat peribadinya, ketawadhukannya, pemurahnya, sikap lemah lembutnya, kasih sayangnya dan segala-galanya yang berkaitan dengan diri baginda. Kerana apa yang ada pada diri Rasulullah s.a.w adalah cukup cantik dan istimewa untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Pengakhirannya, KEPULANGAN Rasulullah lebih jauh meninggalkan kesan dilubuk hati ini kerana pengakhirannya sentiasa mengenangkan umatnya, beliau sanggup untuk menghadapi segala rintangan demi agama islam ini sampai kepada kita. Ya, SAMPAI KEPADA KITA!

Salam maulidurrasul, maaf kerana lari dari tema..




Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim.


2 komentar:

Awau said...

Allahumma solli 'ala Muhammad(Harmoni):)
btul ckp nta tu syeikh,buat ape sori?
bukan peperiksaan nk ikut format :D
teruskan usehe gigih dlm penulisan..
insya' tu pun kene buat,barakallahufiik!

Anonymous said...

wah, insya' pun masuk! =)

Post a Comment