Friday, February 6, 2009

Siapakah DIA? Siapakah kita?



Siapakah dia? Siapakah dia? Siapakah dia?




Siapakah manusia yang semasa kecilnya dipenuhi dengan sifat-sifat istimewa?
Siapakah manusia yang hidup di masa kecilnya tidak perlukan patung mainan, robot-robot dan 'video games'?
Siapakah manusia yang semasa kecilnya tidak sedikitpun menginginkan dunia hiburan dan lepak-lepak? Sehingga ada yang mengajak dirinya untuk bersembang soal dunia, tetapi dengan penuh sopan dan zuhud beliau mengatakan "bukan untuk itu aku diciptakan"


Siapakah manusia di waktu remajanya tidak pernah menghadiri parti-parti liar yang dipenuhi dengan segala bentuk maksiat? Fitrah manusia menginginkan sesuatu yang seronok dan pernah juga manusia ini ingin menghadiri parti ini, tetapi telah ditidurkan oleh 'tuan' nya.


Siapakah manusia yang sewaktu dirinya berdagang di suatu tempat, tidak pernah berbohong dalam jualannya? Tetapi sebaliknya berlaku adil dan sentiasa amanah. Pulangannya, nah..lebih dari sangkaannya.


Siapakah manusia yang kehidupannya tidak pernah berhenti mengharap kepada 'tuannya' dan sentiasa takut, taat dan patuh kepada 'tuannya' sehinnga tubuhnya mengalami kesakitan akibat terlalu khusyuk merintih dihadapan 'tuannya'?


Siapakah manusia yang hidupnya dipenuhi kepercayaan sehinnga ramai golongan bawahan dan atasan, pendek kata, yang masih mempunyai secebis kebaikan di kalbu sanggup untuk berada di bawah perlindungannya dan taat setia di bawah panji yang di bawanya.


Siapakah manusia yang pada dirinya terserlah sifat kepimpinan dan tanggungjawab dan akhirnya menyebabkan manusia berpusu-pusu untuk berada di bawah pimpinannya. Walaupun dirinya sendiri terus diancam pelbagai tohmahan, kutukan, seksaan yang amat mengerikan dan tidak tertaksir di kotak fikiran manusia?


Siapakah manusia yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh perjuangan yang cekal hatinya apabila menyampaikan risalah tanpa mengenal penat lelah dan sebarang bentuk penyeksaan yang sebegitu dahsyat? Mereka sanggup untuk menggadaikan segalanya hatta nyawa mereka demi 'tuan' kepada manusia tadi dan hakikatnya 'tuan' mereka sendiri.


Siapakah manusia yang saat pengakhirannya masih membasahi lidahnya dengan mengenangkan 'umat'nya?

UMATKU!
UMATKU!
UMATKU!

Itulah saat penghujungnnya sebelum beliau diangkat untuk menemui 'tuan'nya atau kekasihnya yang sangat merinduinya. 'Tuan'nya atau hakikatnya adalah RABBnya Allah S.W.T telah mengangkat sosok tubuh suci itu dengan kemuliaan yang tidak dapat ditandingi oleh sekalian makhluk yang diciptakanNya. Seakan-akan Allah sedang memberitahu;
" Inilah utusan-KU kepada mu wahai manusia yang punya hati dan akal untuk berfikir. Pernahkah dizahirkan sebarang cacat cela keatasnya? Pernahkah? Ia bagaikan satu dalil yang dijadikan hujjah bagi akal dan logik. Inilah manusia yang dari kecilnya mempunyai pelbagai rahsia keistimewaan. Maka periksalah! Periksalah dengan akal budi dan pertimbangan logik yang ada pada dirimu! Bawalah ia ke batu ujian!
Subhanallah!

Siapakah utusan yang dimaksudkan itu?
Sipakah manusia mulia itu?
Siapakah dia?

ANDA SENDIRI SEDANG MENJAWAB!



Itulah dia!
Itulah dia manusia yang mulia!
Itulah dia utusanNya!

Dia telah menggadaikan hidupnya semata-semata kerana risalah yang dibawanya serta jauh dari kesenangan dunia. Sungguh jauh..

Tetapi dimanakah kita di saat dakwah memerlukan kita?
Dimanakah kita di saat umat islam ditindas dan diperlakukan seperti binatang bahkan lebih teruk dari itu?

Siapakah kita di sisiNya?
Siapakah kita saat bersama Islam?
Siapakah kita saat menyampaikan risalah?

SIAPAKAH KITA?
JAUHNYA KITA DARI MANUSIA ITU!

Allahuma ghfirli zunubi waghfilil mu'minina wal mu'minat wal muslimina wal muslimat wahdini siratakal mustaqima siratal lazi naa'n 'amta'alaihim minan nabiyyina wassiddiqina wassyuhadai wassolihin. Wasallahuala saidina MUHAMMAD wa'ala alihi wasahbihi wabaraka wasallam.

0 komentar:

Post a Comment