Saturday, May 29, 2010

Renew Keikhlasan Kita!



" Hingga apabila sampai mereka ke lembah semut, salah seekor semut telah berkata,' wahai semut-semut, kembalilah ke sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari' "
*An-Naml, ayat 18*


Benarlah firman Allah yang Maha Agung

Begitulah yang digambarkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang ingin berfikir tentang segala kejadian makhluk yang diciptaNya. Termasuklah juga semut yang sungguh halus ini jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini.Pada awalnya kisah ini adalah berkisarkan tentang saat perbarisan dikalangan makhluk-makhluk seperti burung, jin dan sebagainya. Perbarisan ini diketuai oleh Nabi Sulaiman. Dipendekkan cerita mereka telah melalui lembah semut, maka terukirlah kata-kata dari sang semut seperti dalam ayat di atas. Selebihnya boleh rujuk tafsir.

Apakah keistimewaan yang terdapat pada makhluk ini? Sehingga nama salah satu surah yang tercatit di dalam Al-Quran menggunakan nama 'An-Naml' yang bermaksud semut?

Wah, ajaib sungguh makhluk ini! Tetapi apa yang ingin penulis kongsikan disini bukanlah mengenai keistimewaan ataupun keajaiban yang terdapat pada makhluk halus ini, tetapi yang ingin dibicarakan ialah tentang keikhlasan bekerja dan terus bekerja.

Apakah ikhlas itu?
Ya, apakah ikhlas? Adakah sekadar memberi sesuatu pemberian dan anda mengucapkan " Ambikla, aku ikhlas ni.."
Atau, anda memberi sumbangan ikhlas kepada mana-mana persatuan, kelab ataupun NGO, kemudian anda bersalaman dengan penerima sambil menghulurkan cek sebanyak RM 100 000 dan semua wartawan mengambil gambar anda?

Hmm..apakah jawapannya?

Salah seorang tokoh pernah berkata;

" Ikhlas itu ibarat seseorang yang mencari semut hitam, di atas batu
yang hitam dan dalam keadaan malam yang gelap.."

Itulah yang dimaksudkan dengan ikhlas. Bayangkan anda sedang mencari semut yang hitam dalam keadaan yang sungguh kelam bersamanya batu yang gelap. Subhanallah! Inilah ikhlas. Sukar untuk kita menemuinya kerana ikhlas itu adalah sesuatu yang halus di dalam diri sehingga sukar untuk kita menilai diri kita adakah kita sudah menemui dan mendapatkannya.

Begitu juga kita di dalam medan dakwah ini. Berapa ramai yang kita lihat gugur dan tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan suci ini. Kebanyakannya adalah disebabkan perjuangannya yang tidak ikhlas sejak awal lagi. Mereka mengimpikan nama, pangkat, harta, perempuan dan sebagainya, sedangkan arena dakwah ini hanya memerlukan manusia yang tidak meminta imbalan sedikitpun kepada pengikutnya. Apa yang dia inginkan hanyalah redho Allah Ta'ala. Seperti dalam firmanNya;

" Dan datanglah dari hujung kota, seorang pemuda yang bergegas, dia berkata ' wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu! Ikutilah orang yang tidak meminta sedikitpun imblan daripadamu dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk' "
Yassin, ayat 20-21

Begitulah sekilas pandang sifat seorang daie yang thabat di jalanNya tanpa menginginkan dunia yang jauh lebih hina daripada bangkai. Bagaimanakah pula dengan kita? Sedangkan semut boleh bekerja tanpa memikirkan penat lelah serta ikhlas dan akur dengan aturan hidup yang ditentukan Allah S.W.T. Adakah kita juga ingin berhenti dari medan ini? Adakah kita sudah terlalu asyik dengan dunia yang mengongkong dan memandu kita? Ingat! Kita bukan mainan dunia..


Ikhlaskan diri untuk berjaya di jalanNya.
Ikhlaskan diri untuk berjaya di dunia.
Ikhlaskan diri untuk berjaya di SANA.
Ikhlaskan diri untuk kejayaan diri sendiri.

Masih belum terlambat untuk kita sama-sama ikhlaskan diri dan betulkan niat. Penulis menulis ini adalah sebagai renungan untuk diri yang sangat hina di sisiNya dan sebagai pesanan untuk sahabat-sahabat. Semoga kita semua terus thabat. Insyaallah..

p/s : Artikel ini di 'copy' semula dari post lama penulis..yang bertajuk "Ikhlas ker ni?
Semoga kita dapat memperbaharui semula iman kita juga keikhlasan kita~

3 komentar:

Anonymous said...

Salam

Saya lebih suka entri ini berbanding entri 'terpaksa'.
Teruskan menulis kerana ada manusia yang kosong jiwanya mencari pengisian rohani di sini.

Salam Mujahadah

Syed said...

semoga kita mendapat manfaat bersama disini, Insyaallah..

buraidah said...

salam ziarah dari abdulrasul kaherah..

Post a Comment