Thursday, June 10, 2010
Cerpen Islami!
Wednesday, June 2, 2010
Jangan Lengah!! Ayuh!!
- Tahukah anda, pelayaran Lifeline For Gaza (LL4G) bermula di Turki?
- Tahukah anda, KERAJAAN TURKI memberi sokongan dan sumbangan yg besar dalam usaha LL4G?
- Tahukah anda, 19 orang yg syahid dalam peristiwa Flotilla Freedom adalah warga Turki?
Saturday, May 29, 2010
Renew Keikhlasan Kita!
*An-Naml, ayat 18*
Benarlah firman Allah yang Maha Agung
Begitulah yang digambarkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang ingin berfikir tentang segala kejadian makhluk yang diciptaNya. Termasuklah juga semut yang sungguh halus ini jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini.Pada awalnya kisah ini adalah berkisarkan tentang saat perbarisan dikalangan makhluk-makhluk seperti burung, jin dan sebagainya. Perbarisan ini diketuai oleh Nabi Sulaiman. Dipendekkan cerita mereka telah melalui lembah semut, maka terukirlah kata-kata dari sang semut seperti dalam ayat di atas. Selebihnya boleh rujuk tafsir.
Apakah keistimewaan yang terdapat pada makhluk ini? Sehingga nama salah satu surah yang tercatit di dalam Al-Quran menggunakan nama 'An-Naml' yang bermaksud semut?
Wah, ajaib sungguh makhluk ini! Tetapi apa yang ingin penulis kongsikan disini bukanlah mengenai keistimewaan ataupun keajaiban yang terdapat pada makhluk halus ini, tetapi yang ingin dibicarakan ialah tentang keikhlasan bekerja dan terus bekerja.
Apakah ikhlas itu?
Ya, apakah ikhlas? Adakah sekadar memberi sesuatu pemberian dan anda mengucapkan " Ambikla, aku ikhlas ni.."
Atau, anda memberi sumbangan ikhlas kepada mana-mana persatuan, kelab ataupun NGO, kemudian anda bersalaman dengan penerima sambil menghulurkan cek sebanyak RM 100 000 dan semua wartawan mengambil gambar anda?
Hmm..apakah jawapannya?
Salah seorang tokoh pernah berkata;
" Ikhlas itu ibarat seseorang yang mencari semut hitam, di atas batu
yang hitam dan dalam keadaan malam yang gelap.."
Itulah yang dimaksudkan dengan ikhlas. Bayangkan anda sedang mencari semut yang hitam dalam keadaan yang sungguh kelam bersamanya batu yang gelap. Subhanallah! Inilah ikhlas. Sukar untuk kita menemuinya kerana ikhlas itu adalah sesuatu yang halus di dalam diri sehingga sukar untuk kita menilai diri kita adakah kita sudah menemui dan mendapatkannya.
Begitu juga kita di dalam medan dakwah ini. Berapa ramai yang kita lihat gugur dan tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan suci ini. Kebanyakannya adalah disebabkan perjuangannya yang tidak ikhlas sejak awal lagi. Mereka mengimpikan nama, pangkat, harta, perempuan dan sebagainya, sedangkan arena dakwah ini hanya memerlukan manusia yang tidak meminta imbalan sedikitpun kepada pengikutnya. Apa yang dia inginkan hanyalah redho Allah Ta'ala. Seperti dalam firmanNya;
" Dan datanglah dari hujung kota, seorang pemuda yang bergegas, dia berkata ' wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu! Ikutilah orang yang tidak meminta sedikitpun imblan daripadamu dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk' "
Yassin, ayat 20-21
Begitulah sekilas pandang sifat seorang daie yang thabat di jalanNya tanpa menginginkan dunia yang jauh lebih hina daripada bangkai. Bagaimanakah pula dengan kita? Sedangkan semut boleh bekerja tanpa memikirkan penat lelah serta ikhlas dan akur dengan aturan hidup yang ditentukan Allah S.W.T. Adakah kita juga ingin berhenti dari medan ini? Adakah kita sudah terlalu asyik dengan dunia yang mengongkong dan memandu kita? Ingat! Kita bukan mainan dunia..
Ikhlaskan diri untuk berjaya di dunia.
Ikhlaskan diri untuk berjaya di SANA.
Ikhlaskan diri untuk kejayaan diri sendiri.
Masih belum terlambat untuk kita sama-sama ikhlaskan diri dan betulkan niat. Penulis menulis ini adalah sebagai renungan untuk diri yang sangat hina di sisiNya dan sebagai pesanan untuk sahabat-sahabat. Semoga kita semua terus thabat. Insyaallah..
Jom ke MySC!!!
Remaja adalah masa yang amat berharga untuk disediakan dengan ilmu dan kemahiran dan jatidiri yang mantap , Ini adalah disebabkan usia remaja ialah masa yang penuh dengan cabaran disekeliling mereka yang sentiasa mempengaruhi peribadi dan tingkahlaku jika tidak diisi dalam diri mereka dengan Iman , Taqwa dan Ilmu . Pembinaan remaja penting hingga lahir sebagai remaja yang beriman , ikhlas , bersemangat dan berkerja sebagai pewaris kepada perjuangan yang telah dilalui oleh Rasul , sahabat dan ulama dalam menyebarkan Islam serta menjadi generasi harapan kepada Negara Menjadi tuntutan kepada kita membina dan membantu mereka ke arah itu . Semoga mereka akan menjadi pemuda dan pemudi gemilang agama dan bangsa..
OBJEKTIF
1. Melahirkan remaja Muslim yang mempunyai jatidiri yang mampan
2. Menanam kefahaman Islam yang syumul di dalam diri remaja Muslim untuk dihayati
3. Membina remaja Muslim yang mempunyai sahsiyyah qudwah kepada remaja lain
4. Menjana ikatan ukhuwah dalam kalangan remaja Muslim negeri Perak
5. Melahirkan remaja Muslim yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal
MOTO :
“ AKULAH REMAJA MUSLIM”
ANJURAN
KELAB REMAJA ISMA MALAYSIA CAWANGAN IPOH (KRIM IPOH)
TARIKH
05 , 06 & 07 Jun 2010.
TEMPAT
Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai Remis, Perak
PESERTA
Remaja KRIM dan remaja yang berumur 13 tahun hingga 17 Tahun
PENDAFTARAN
Sila maklumkan sebelum atau pada 2 Jun 2010 2. Yuran penyertaan RM 50.00 seorang
Maklumat lanjut layari :
Monday, April 26, 2010
Ingin ke Timur Tengah?
Monday, April 19, 2010
Terpaksa!
" Pergilah beramai-beramai (berperang di jalan Allah ) sama ada dalam keadaan senang ataupun dengan keadaan berat ( disebabkan banyaknya tanggungjawab ), dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"( Al-Taubah : ayat 41 )
" Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (berperang di jalan Allah untuk membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi pedihnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah!) Allah berkuasa atas segala sesuatu "( Al-Taubah : ayat 39 )
" Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang dekat, nescaya mereka (munafik) megikutimu, tetapi tempat yang dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah : 'Kalau kami sanggup, nescaya kami mengikutimu', (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa mereka adalah orang-orang yang berdusta"( Al-Taubah : ayat 42 )
Thursday, April 15, 2010
Perjalananku Seorang Musafir!
- Hidupnya hanya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada penciptanya.