Setelah sekian lama mendiamkan diri, hari ini tergerak hati dan tangan untuk menulis. Mungkin sudah tiba masanya untuk berkongsi. Tetapi pada hari ini, bersempena dengan 1 Ramadhan, ingin penulis berkongsi kegembiraan yang mana bulan yang penuh barakah ini hanya datang setahun sekali. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama bertemu dengan kekasih yang sangat kita cintai.
Banyak kelebihan yang kita akan perolehi jika kita benar-benar ikhlas dalam melaksanakan ibadah puasa ini, sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu hurairah ;
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini!
Perlu diingatkan kepada yang ingin menghidupkan Ramadhan ini, lakukanlah semata-mata kerana Allah, kerana kita adalah hambaNya yang hina yang sangat memerlukan keredhaan dariNya. Janganlah terlalu mengharapkan ganjaran-ganjaran yang akan kita dapat, kerana mungkin ibadah puasa kita tersasar jauh dari matlamat yang sebenar iaitu menjadi orang yang bertakwa disisNya. Belum tentu kita memperoleh syurga Allah dengan amalan bertimbun yang kita lakukan, tetapi dengan KeredhaanNya, insyaallah, segala perkara dimudahkan. Ingatlah kepada firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 ;
يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa "
Al-baqarah, ayat 183
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!!!!
0 komentar:
Post a Comment